Monday 11 November 2013

Bila Dajjal Berkuasa

Adakah perbuatan kadi kulaijaya (hj mohd fahmi) mengekalkan imam yang buruk akhlak sebagai imam di masjid kampong baru sedenak boleh dianggap sebagai perbuatan kurang ajar dan biadap dan merupakan satu penganyayaan dan penghinaan terhadap ahli khariah dan masjid??. 
******************************************************************************

Hina atau dihina, kenapa hina dan kenapa dihina, siapa yang hina dan siapa yang dihina?. Yang hina sudah tentulah orang yang kurang ajar dan biadap, yang dihina tentulah orang yang dikurang ajar dan dibiadapkan. Tentu ada yang bertanya, "apakah cerita wak ni betul atau rekaan aja". "Tak pecaya lah". "mustahil macam tu". 

Dalam dunia hari ini tiada yang mustahil, yang mustahil itu lah yang selalu terjadi. Lumrah dunia memang begitu, kalau yang melakukan itu adalah orang besar2 atau alim ulamak, maka orang akan katakan "tak mungkin" dan bermacam-macam lagi. Apa yang wak ceritakan ini adalah benar2 berlaku terhadap diri wak dan juga pada ahli khariah disini.

Apa yang sabenarnya berlaku?  Siapa nama imam tersebut?.

Nama imam ialah Zainudin, tinggal diklinik desa kampong baru sedenak, isteri ialah seorang jururawat diklinik tersebut. Sabelum Zainudin menjadi imam beliau adalah Bilal dimasjid ini. Semasa beliau menjadi bilal, beliau tidak berupaya menjalankan tugas beliau dengan baik. Tetapi diatas sebab2 yang tertentu beliau telah dilantik sebagai imam di masjid ini. Satelah beliau dilantik sebagai imam, perilaku beliau lebih menyakitkan hati. sikap beliau lebih teruk. seolah-olah beliau ada masaalah mental/pemikiran (bukan gila). Beliau seolah-olah tidak merasa perbuatan buruk beliau itu sebagai satu kesalahan. 

Apakah perbuatan buruk yang dilakukan oleh imam tersebut?.

Banyak sangat kalau wak nak ceritakan, penat juga wak nak ketuk papan kekunci ni. Hebat sangat ke imam ni?, tentulah hebat, kalau tak, takkanlah kadi tak boleh buat apa2 pada dia, bukan setakat kadi aja yang terkedu bila melihat dia, tok penghulu, ketua kampong, penyelaras masjid, ajk masjid dan orang kampong pun ada yang terkedu bila melihat dia. Bukan setakat tu aja malahan ada yang sanggup jadi munafik untuk membela dia. Wah hebat betul, ilmu apa yang dia pakai ye wak?. Bab itu kena tanya dia, walaupun wak ni kawan dia tapi wak tak campur urusan peribadi dia. Kalau nak tahu perbuatan buruk dia klik sini. 

Kalau prestasi sebagai bilal tidak baik, kenapa dilantik jadi imam? siapa imam sebelum tu?.  

Inilah bab yang paling menyedihkan, boleh meleleh air mata mengenangkannya. Air mata kita boleh meleleh ke wak?, mungkin juga kalau kita berada ditempat imam yang disingkirkan. Imam sabelum tu ialah imam Mohamad, kami disini panggil beliau sebagai imam Mahat. Beliau telah berkhidmat lebih dari pulohan tahun. Kalau dimana saja kita jumpa, beliau akan menegur kita. Apa saja aktiviti masyarakat beliau mesti ada. Kalau imam Mahat ini bagus kenapa dia disingkirkan?. Kenapa bilal yang teruk tu dilantik jadi imam?. Kenapa dan kenapa? klik sini.


Wak telah menghantar surat kepada beberapa individu, dan individu tersebut termasuklah DYMM Sultan Johor. Setelah dua pucuk surat dihantar kepada baginda, barulah wak dan jawatankuasa masjid di panggil ke komplek penghulu mukim Sedenak. Tetapi wak tak hadir, sbb wak rasa mereka bukan takut dengan tuhan tapi takut dengan sultan. Kenapa takut dengan sultan, baginda bukan lah mahluk yang zalim. Baginda telah diamanahkan oleh Allah untuk membawa kebaikan dan kesejahteraan kepada hamba rakyat. Yang zalim ialah segelintir orang2 yang diberi kepercayaan oleh baginda untuk mentadbir dan menangani permasaalahan rakyat. Orang2 inilah sabenarnya yang menderhaka kepada baginda dan sekaligus menderhaka kepada Rasul dan Allah. 

No comments:

Post a Comment